May 14, 2013

Kamu Setahun Lalu.


By: Shazuan Ali

Setahun lalu kurang lebih di waktu yang hari ini, aku mengenali dia. Dia bukan seorang yang sempurna semuanya. Dalam lebih, ada kurangnya. Bermulanya atas paksi kawan dan ingin mengenali antara aku dengan dia. Jadi bermula cerita pendek antara aku dan dia.

Dia itu menarik. Ada sesuatu tentang dia yang sedikit banyak membuat aku berubah banyak. Aku menjadi aku yang telah lama diamnya. Aku menjadi tinggi kerana ada dia jadi sokongnya. Aku jadi reda kerana ada dia jadi tenangnya. Dia itu besar maknanya. Mungkin bukan bagi dunia tapi aku sekurangnya.

Sayang. Itu panggilan aku, dia. Tidak sempurna tapi masih rasa yang sama.
Biar lebih aku tokok tambah kurangnya dia. Biar lebih dia tokok tambah kurangnya aku.
Ada. Biar susah, biar senang, ada. Itu janji aku pada dia.

Ulungnya kami berjumpa, pada malam aku patah untuk entah keberapa kali. Setahun dulu. Kalau bukan sekarang bila lagi ? Katanya pada aku. Masih aku ingat malam itu aku kata, tunggu. Dia bertanya kenapa?.Dan aku kata, tunggu, biar aku kemaskan dulu. Biar katanya, sebab itu bukan kisahnya dia. Tetap aku katakan tunggu kerana itu adalah ulungnya dan aku mahu yang terbaik untuk dia.

Dalam sempurna kisah aku dan dia, ada celanya. Dalam sibuk, aku terlupa dia lapangnya. Dalam marah, aku lupa dia tenangnya. Cela aku punca jauhnya dia. Lupanya aku punca hilangnya dia. Terus.

Dalam hilangnya dia, rasa itu masih sama. Rasa itu tidak pernah hilang. Sedikit tidak.
Sayang. Itu panggilan aku, tiada lagi dia. Tidak sempurna tapi masih rasa yang sama.
Ada. Biar susah, biar senang, ada. Itu janji aku pada dia sampai hujung masa.

Kamu setahun lalu.
Aku bisa tulis puisi dan lagu rasa yang paling indah di dunia untuk kamu tapi sekarang, sekarang cuma tinggal harap dan rasa yang masih sama. Sayang, maaf.

Ikhlas,
Aku.


No comments: