May 18, 2013

Ibu bapa saya yang tidak sempurna.


By: Shazuan Ali

Bapak. Mak. Itu panggilan aku untuk dua mereka. Mereka tidak sempurna dan dalam ketidak sempurnaan itu mereka cukup sempurna untuk aku. Kenapa?

Mereka tidak sempurna tapi bila mana aku merangkak belajar mengenal tuhan, dalam usia kecil aku belajar menyembah tuhan, bapak imamkan. Dalam aku terhegeh mengenal bahasa tuhan, buta membaca kitab turunnya dari tuhan, Mak ajarkan. Mereka sedar kurang mereka dalam ilmu agama tidak sehebat alim ulama, dihantar aku ke kelas agama. Mereka tidak sempurna tapi dalam ketidak sempurnaan itu, mereka pastikan cukup pengangan agama aku dan mereka darah daging sama yang lain.

Mereka tidak sempurna dan kurang harta tapi mereka ajarkan aku hidup bersederhana agar hidup tidak merempat tanpa limpah dan ruahnya harta dunia. Biar kurang nota ringgit yang ada asal tidak memijak maruah merayu orang agar tinggi hidup dari layaknya. Dalam ketidak sempurnaan mereka, diajar aku hidup berprinsip, makan halal, bersederhana apa adanya. 

Mereka tidak sempurna. Belajar tidak sampai universiti. Dalam ketidak sempurnaan itu, mereka begolok gadai apa ada untuk aku sampai ke tahap apa yang mereka tiada. Dalam saat aku putus harapan, mak bapak ada. Harapan dengan doa, merekalah yang di depan. Doa mereka membawa kami hingga ke sebelah sana dunia tuhan.

Ibu bapa aku. Tidaklah sempurna tapi mereka cikgu terbaik dalam hidup aku.

mak. bapak. selamat hari guru. i love you : )




No comments: