July 04, 2012

untuk apa

untuk apa ada rindu.
kalau rasa itu untuk di biarkan sahaja.

untuk apa ada sayang.
kalau sayang terbiar sia.

untuk apa kalau datang cinta.
kalau nanti untuk di caci nista ?

untuk apa hadir aku.
kalau rasa di biar terbiar ?

untuk apa ada aku.
kalau hadir dibiar tidak berharga?

NOTA KAKI - Jangan berani mengucap kata sayang kalau hati masih belum bersedia menghargai apa adanya. Jangan berani berjanji cuba kalau yang ada cuma sambil dan lewa. Penulisan ini cuma peringatan untuk diri aku dan juga kamu dan kamu. Untuk kita. Mungkin besar maksudnya untuk aku kerana aku pernah rasa sakitnya bila mana rasa disampahkan. Atau mungkin kamu juga ?

tingkat tinggi.
10:07PM
shah alam

No comments: