June 19, 2012

yakinkan aku sedikit lagi.

aku bukan di sini untuk persingahan sekejap.
jadi jangan sekali fikirkan untuk jadikan itu.

kamu.
aku bukan sahaja mahu menjadi pencinta kamu.
yang menyayangi kamu sepenuh ikhlas hati.

tetapi.
juga aku mahu menjadi sahabat kamu.
yang ada di tinggi kamu sejuganya serendah kamu.

kamu.
yakinkan aku sedikit lagi.
kerana separuh aku kini milik kamu.

tetapi.
masih ada yang membuat aku mati.
bila melihat kamu bersama mereka yang sebelumnya.

kamu.
jangan ada di samping aku kerana simpati kasihan.
kerana nanti aku yang ditinggal mati. rasa di mana hati ke jalanan.

jadi.
jujur dalam tutur perkataan kamu.
ikhlas dalam rasa kamu kepada aku.

...

NOTA KAKI - aku dengan dia masih lagi berkawan. tetapi jujur aku sudah mula ada perasaan sesuatukepada dia. dan jujur aku takut akan perasaan itu kerana mungkin perasaan sakit lama itu masih sebati di dalam aku :' )

1 comment:

jiranpermai said...

abam wan! :) sabar eh sabar! :D