May 28, 2012

perasaan yang mungkin semua pernah rasa.

pernah ada pengalaman bila perasaan kamu disampahkan ?
tambahan pula perasaan itu kamu tatang selama mungkin ?

bila sudah kamu pupuk selama mungkin,
bagaimana pula bila ia disampahkan ?

rasa kosong ?
rasa jatuh ?

setiap kamu mungkin ada rasa yang berbeza bukan.

aku juga pernah rasa.
rasa yang aku pupuk selama bertahun pergi.
tanpa aku tahu di mana silap aku.

dan bila dia pergi.

aku.
rasa kosong. rasa hilang.

ada seperti ruang kosong dalam hati yang di hujungnya sakit.
sangat sakit.

aku jatuh.
dan untuk aku bangun semula bukanlah semudah membicarakan;

"yang lepas biarkan lepas. kalau, sure aku move on je"

untuk melalui hari bila mana yang dulunya kamu seperti belangkas ke sana kemari berdua.
bagaimana untuk aku keluar yang tiba-tibanya aku seorang?

setiap kalinya sebelum aku pejamkan mata dia ada.
bagaimana untuk aku pejamkan mata bila mana tiba-tibanya dia tiada?

setiap kalinya selepas aku celikkan mata dia ada.
bagaimana untuk aku celik bila mana tiba-tibanya dia tiada?

aku senyum setiap kali adanya dia.
bagaimana untuk aku senyum bila mana tiba-tibanya dia tiada?

aku ringan dengan masalah bila adanya dia untuk mendengar.
bagaimana untuk aku bercerita luah bila mana tiba-tibanya dia tiada?

lama aku cuba untuk memujuk diri untuk bangun.
ya. aku bangun kerana untuk apa aku berbaring malas hanya kerana dia tiada?
dia sampahkan perasaan aku.

bila aku sudah balik ke paras normaliti aku,
ada yang masih kekal hilang dari aku.

dan bila aku bangun dari tidur yang lena. bila bangun aku cuma ada aku. lainnya kosong.
dan bila aku senyum ada sedikit sesuatu yang kurang. aku dapat rasakam.

kerana sakit yang lama itu masih ada.

aku berjanji pada diri aku, bukan semudahnya aku akan berikan perasaan aku kepada seseorang yang asing. bukan mudah. kerana untuk membiarkan sakit yang sudah aku tanam dalam ruang yang dalam kembali, untuk aku mencuba bangkit dari perasaan yang disampahkan bukan sesuatu yang senang.

sakit bila mana perasaan kamu disampah memedihkan. bila kamu mencuba untuk memulihkan sakit bila perasaan kamu disampahkan adalah lebih menyakitkan.

kerana apa?

kerana kamu akan melaluinya seorang diri.
dan orang mungkin boleh cuba memahami apa yang kamu rasa tetapi mereka tidak merasa apa yang kamu rasa sebenarnya.

biar aku seorang.

walaupun adakala aku rasa aku perlukan seseorang.
biar. aku bukan terlalu terdesak.

biar aku seorang. biar senyum aku mati. biar.

:' )

nota kaki: kepada kamu yang tidak pernah merasai apa yang kami tidak akan faham. mudah untuk bercakap tetapi kamu yang merasakan ini; sakit.

No comments: