May 30, 2012

dia itu datang ketika sakit lama masih berbaki.

Dia itu datang ketika sakit lama masih berbaki.
Pada mulanya agak payah susah untuk aku terima jabat sahabatnya.

Perasaan takut mungkin rasa dia itu cuma sekadar persinggahan sekejap.
Dan nanti bila jemu aku pula ditinggal mati.

Dan kembali aku ke cerita lama aku si pengutip hati sendiri.
Yang disampah lempar berselerakan separuh mati aku ditinggalkan.

Tapi dia itu hebat bila dia bisa membuat aku senyum kembali.
Antara aku dan dia belum ada yang pasti tapi cuma satu.

Aku akan sayang dia sampai mati.
Walau apa juga kesudahannya nanti : )

Untuk kamu si pencuri hati.
Dari aku si hati mati.

Kuala Lumpur
30 Mei 2012
3:55PM

NOTA KAKI: Antara aku dan dia itu cuma berkawan. Bukanlah cara aku untuk memaksa suka kerana perasaan terhegeh tanpa malu itu bukan aku. terima kasih kepada kamu jika ikhlas kamu ada dengan aku saat ketika ini :)

No comments: