April 27, 2012

guru yang dihormat sanjung.

assalamualaikum.

berbalik kepada cerita lepas, bukan aku menidakan kewibawaan seorang dia sebagai guru.
seorang guru harus di angkat tinggi oleh pelajar bukan?

*diam*

apa yang terjadi pada aku di mana bila aku mendapat reaksi yang sungguh negatif semasa aku seakan mengemis ilmu dari mereka. yes. mengemis. itu perkataan yang betul.kita bila belajar mesti seperti mengemis ilmu dari cikgu kamu. kamu seorang miskin meminta sedikit bekal ilmu untuk membina masa depan yang lebih cerah. begitu seharusnya.

dan seorang kamu yang dipanggil cikgu, jangan pula bongkak membayang keberadaan di langit memandang rendah seorang aku atau dia yang datang mengemis ilmu?

ingat;

kamu juga mulanya mengemis dan bila kejadiannya kamu begitu sekarang, bukakah kamu mengiyakan pengibaratan sepertinya manusia yang melupakan daratan bila di junjung tinggi melangit?

*diam*

dan ingat, kamu bukan seorang guru yang maha hebat lagi disanjung hormat jika kamu punya sikap memilih cuma pelajar pandai untuk kamu angkat ke langit. seorang guru yang dihormati ialah seorang guru yang bisa membuat seorang aku atau dia, yang tadinya cuma tahu meniarap, dengan bekal suapan ilmu dari guru, bisa bangun merangkak, bertatih lalu berjalan dan mampu terbang sekali pun. guru begitu guru disanjung. dihormat. ingat itu.

*senyum sinis*'

juga ingat, kamu juga punya anak, dipilih pengemis yang ingin disuap, belakang hari anak kamu mati kelaparan. itu bukan doa aku. cuma biar tuhan buat penentu. dan kamu? bertaubatlah.

...

malang aku ditentu mengemis dengan guru seperti kamu.

*maaf*

itu bukan malang. tuhan sayang aku maka diberi aku dugaan mengemis dari guru seperti kamu. tapi sayang, realitinya kamu bukan guru yang layak aku sanjung hormat kerana dalam perjalanan aku ramai yang lain lebih layak dan sayang, kemuncak rangkak aku temukan dengan seorang cikgu yang maha membantu aku untuk terus terbang sehinggga sekarang, cikgu google.

"saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru saya dan teristimewa untuk encik google"

#eh ?

till next time, goodbye girls !  ( •˘з˘•)

1 comment:

jiranpermai said...

hahahha..okay lawak walau menusuk! :D