August 16, 2011

Tiada Tuhan Selain Allah, Nabi Muhammad Itu Persuruh Allah

mengapa sekarang semua mahu berdegang bising mempertahan agama?
orang itu dituduh keluar agama. orang ini di tuduh di pujuk keluar agama?
kenapa baru sekarang mereka berbising pekik akan hal ini?
paling sangat menyedihkan, dalam isu ini, pihak lain pula yang menjadi salah?

ambil cermin tatap diri wajah kita.
siapa salah?

--pendapat aku.

orang kristian/buddha/hindu.
"kami menganut agama ini kerana kami percaya agama ini betul dan menjamin syurga. tidakkah kamu mahu masuk ke syurga? mari aku bantu kamu :)"

orang islam.
"Islam adalah agama Allah. Tiada Tuhan Selain Allah, Nabi Muhammad Itu Persuruh Allah. Allah menjanjikan syurga pada khalifah yang taat kepada-Nya, wahai sahabat, ayuh, marilah taatlah kepada Allah S.W.T"

Setiap individu ada agama. dan seperti mereka juga, mereka percaya akan agama mereka dan bagi mereka adalah tugas mereka untuk membawa orang lain bersama di jalan benar mereka!
bukan? apa salah meraka dalam isu ini?

Kita sebagai ummat Muhammad Rasul Allah, Allah turunkan Muhammad sebagau rasul-Nya yang terakhir dan diturunkan Al-Quran sebagai rujukan kita dan itu percaya iman kita. adalah menjadi tugas kita sebagai khalifah Allah untuk membawa sahabat kita bersama dijalan Allah.
bukan? apakah salah muslim dalam hal ini?

ok. dalam 2 isu di atas, tidak ada mana satu pun salah bukan? jadi mengapa wahai ummat islam sekalian memekik gempita marah akan penganut lain? kenapa?

dalam isu ini mudah, dalam hal melibatkan Aqidah kita sebagai seorang muslim, janganlah bila ada dikalangan umat islam yang keluar agama habis dicaci maki penganut agama lain tetapi tanya kepada diri kita sendiri, mengapa ada seorang muslim yang diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk rujuk boleh berpaling dari Agama Allah?

Jangan salahkan orang lain tetapi salahkan diri kita sendiri. tindakan menyalahkan orang dan agama lain bakal menimbulkan satu suasa tidak aman dan tidak senang! bukan itu ajaran islam sahabat sekalian.

*hmm...*

dan bila berlaku perkara sebegini, jangan memekik melolong marahkan orang sebaliknya kita muhasabah diri dan mohon dikuatkan iman agar tidak tersasar dari ajaran Allah S.W.T. dan ingatkan diri kita, tiada tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah.

*bukan aku menyokong mereka yang keluar islam cuma cara kita mempertahankan agama kita dari pandangan aku salah, maaf tidaklah aku kurang sopan jika aku katakan kerajaan dan pengikut mereka terutama melayu sekarang kurang peka akan perihal begini dan terlalu pendek akal fikiran mereka bila berhadapan situasi begini. kamon, malulah!

aku ini sangat cetek tahu agamanya tapi tidaklah aku terlalu bebal hingga tidak tahu membezakan yang mana halal dan mana haram :)

wallahu a'lam

correct me if i'm wrong :)

No comments: