July 19, 2011

demokrasi itu makin pudar.

maafkan aku jika salah apa yang ingin aku kata luah.
maaf jika salah soalan aku bertanya.

soalan 1.
ada apa pada melayu dibanding dengan islam?

soalan 2.
apa beza melayu dan cina dan atau juga india? walau lain-lain sekali pun?

soalan 3.
di mana letak harmoni bila mana puak puak di atas hidup cuma dalam kelompok mereka?

politik atas dasar kepentingan kaum is bullshit!
semua itu jauh dari relevan untuk sekarang.
aku melayu tetapi aku mahukan keserataan antara semua kaum.
aku penat mendengar hujah kalau cina kau balik cina! india kau balik india!
habis kau, aku mereka yang melayu nak balik mana?

melayu kita ini juga cuma menumpang.
beratus tahun dahulu nenek moyang kita datang merantau.
tanah ini hak milik kaum peribumi. kaum yang di pinggir sepi.
kalau semua melayu sama seperti Ibrahim Ali.
mohon aku tukar bangsa. aku malu menjadi melayu.

secara terus terang aku menyokong BERSIH 2.0!
seperti mana satu ketika dulu aku sedar dan faham maksud korupsi.
dan sejak aku faham kepentingan UMNO bukan lagi melayu tapi kuasa.
kata aman dan damai selama ini cuma omong kosong menjual nama.

di mana letaknya aman bila melayu diamnya mencaci cina dan india?
di mana letaknya aman bila cina menanam perasaan benci pada melayu?
di mana letaknya aman bila melayu cina dan india cuma menanti masa?
menanti masa untuk menentang tidak puas hati antara satu sama lain?
513 perhaps? if that what you ever want for?

BERSIH 2.0 baru baru ini membuka mata aku.
di dalam perasaan benci antara kamu ini sebenarnya tertanam satu perasaan
keinginan tinggi untuk benar hidup dalam keharmonian nyata.
dan BERSIH 2.0 benar benar membuka mata semua.

kenyataan kerajaan memerintah:
"Our electoral system has been tested for the past 5 decades"

BULLSHIT!

that was when there are no technology shit you dumb ass!
sampai bila masih perlu duduk di takuk lama?
melangkah kearah negara maju tapi masih dengan sistem pilihan raya lapuk?

anak anak dan sahabat melayu,
bangunlah dari tidur yang lena kerana kamu cuma sebatang kara sekarang.
cukup sudah di momokan dengan peristiwa 513.
kita bukan lagi dizaman menuntut hak bangsa persendirian.
kini sudah tidak punya apa lagi wahai sahabat.

kita cuma ada kita dan kita sahaja.
kita cuma ada cina dan india dan begitu juga mereka.
kita cuma rakyat malaysia yang punya hak.
bangkitlah bersama sama kita menuntut hak.
bangkitlah. demokrasi itu makin kabur.
nyalakan ia kembali.

aku sedih bila tika berbilang bangsa bangkit menuntut hak yang dinafikan tempoh hari,
ramai sahabat melayu yang cuma merungut gagal pula mereka untuk membeli belah.

sayang.

mereka cuma menerima apa yang di sumbatkan di depan mata.

sayang.

..

.

No comments: