July 22, 2009

Berat Meratap Kehilangan.

Masa ini aku benar-benar merasa kehilangan.
20 Julai 2oo9 bersamaan Isra' Mik'raj,
42 hari selepas pemergian tok mak yang sangat aku sayang,
Tok (nenek) kesayangan aku telah kembali ke rahmatullah.
Dalam kesedihan itu aku merasa kesyukuran.
Menurut kata ibu saudara aku yang ada bersama dia di saat akhir.
Alhamdulillah.
Mudah sangat sangat dia pergi.
Sehingga tiada siapa pun yang menyangka yang dia akan pergi.
Tok cuma buka mata, tarik nafas dan kemudian pejam.
Untuk selamanya.
Tinggalkan kami.
Aku.
Dunia Allah.
Subhanallah, cantiknya tok tersenyum ketika dia dikapankan.
Ketika dia sakit rupa tok berubah.
Sangat berubah.
Tetapi ketika aku cium dahinya buat kali terakhir.
Cantiknya tok, tersenyum nampak muda macam tok sedang nyenyak tidur. Bersih. Cerah.
Tak mungkin aku lupa kata seseorang yang aku dengar ketika dalam perjalanan ke kubur.
"Entah-entah masa dia muda macam tu la rupa dia"
Subhanallah.
Terima Kasih Allah.
Berat aku melepaskan dia pergi tapi dia, kami semua milik-Mu Ya Allah.
Satu permintaan hamba-Mu yang kotor ini Allah.
Cuma Kau tahu betapa sayang cintanya aku pada Tok.
Dari kecil sehingga aku besar dia ada dalam hidup aku.
Ya Allah, kau ampuni dosa-dosa dia, Kau tempatkan dia di tempat mulia di sisi-Mu Ya Allah.
Sungguh aku kehilangan sekarang ini.
Aku meratapi kehilangan ini tapi hati kecil aku meredhai pemergianya.

Kepada Kamu kamu,

aku baru kehilangan tok(nenek) aku yang tersayang pada 20 Julai 2009.
pada hari isra' mik'raj.
alhamdulillah sudah selesai semuanya.
benar aku merasai kehilangannya. sangat terasa rindu.
ketika tok terlantar sakit, sedih melihat keadaan tok, hati kecil memanjat doa pada yang Satu, Tuhan, ambilah nyawa tok ya allah, sungguh aku sedih melihat dia dalam keadaan itu. Dia terlalu tua untuk melawan penyakit kanser itu. Ambilah Tuhan. Aku akan meredhakan.
Tuhan kabulkan doa, kelmarin panggilan telefon dari ibu saudara aku menyampaikan berita.
Inalillahiwainnalillahirrojiun....
pergilah tok untuk selamanya.
Hati kecil aku memberontak seolah tidak menerima takdir Allah.
Aku menangis, meratap.
Ya Allah, berbeza sangat.
Sedih aku ketika melihat tok menahan sakit kanser itu dan melihat tok dalam keadaan tidak bernyawa. Pada mula aku meratap sedih tapi sekarang hati kecil meredhainya.
Akan aku kirim kan yassin untuk tok di sana.
Semoga kami berjumpa semula di alam kekal nanti insyaallah.
Tenanglah tok di sana.
Aku tau aku hamba kotor tapi tuhan terimalah amalku untuk disampai pada arwah tok.
bukan sahaja tok tetapi juga tok mak yang pergi 45 hari yang lalu.
insyaallah.
al-fatihah.

6 comments:

Mr Fariz said...

bnykkan bersabar n lalui hari2 mendatang dengan penuh kesyukuran..

kita di dunia kn teruskan idop dan penuhkan dengan doa untuk mereka di sana.. amin~

al-fatihah

Budak T-Shirt Pink said...

hurm..salam kawan lama..takziah dr aku n semua kawan2 kite..mg2 roh die tenang disana.sm2 kite bykkn doa tok die ok..bykkan sbr n slalu sedekahkan alfatihah or yassin tok die.amin..

Ilyana Fauzy said...

semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman~

madumerahjambu said...

sabarlah sahabat..
jangan terlalu bersedih..
kamu tahu kan setiap yang hidup pasti akan pergi buat selamanya..
redha dengan pemergian ini..
teruskan hidup kamu dengan penuh semangat..
doakan semoga roh Tok n Tok Mak berada di kalangan orang-orang yang beriman..

HanZ said...

salam takziah...bykkn bersabar...tempuhi hari2 mendatang ngan kesabaran dan ketabahan...al-fatihah...semoga roh dicucuri rahmat...amin...

nuyuljana said...

salam takziah.