June 09, 2009

kehilangan



hari ini genap seminggu aku kehilangan.
kehilangan orang yang aku sayang.
teramat sayang. tok mak.
im not over it.
mulut aku sentiasa ingin bercerita tentang tok mak.
aku seakan tak percaya yang dia sudah pergi meninggalkan kami.
pada satu masa itu.
aku terfikir soal pulang beraya ke segamat tahun ini.
sepantas itu realiti datang mengingatkan aku.
diam.
tahun lepas kami pulang beraya ke segamat.
setelah beberapa tahun aku tak memikir soal baju melayu.
tahun itu aku tetap membeli baju baru.
sebab seperti kebiasaan akan ada sesi bergambar keluarga kami dengan tok mak.
aku tidak terlintas itu gambar terakhir kami bersama tok mak.
hari itu aku dalam kelas.
053669213 calling..
terus aku menjawab.
"wan tok mak dah mening..."
stakat itu ayat bapak. selebihnya sedu sedan.
aku faham. anak mana tidak sedih bila perempuan itu yang di panggil emak pergi selamanya.
ahad sebelum hari itu kami sekeluarga sempat berjumpa tok mak.
melihat tok mak terbaring.
bila melihat bapak dtg.
gagah tok mak cuba peluk anak dia yang satu itu.
hati terdetik melihat keaadaan tok mak.
mungkin dah sampai masa tok mak berehat panjang.
tapi kenapa.
aku masih dalam separa realiti.
aku mengharap yang tok mak itu masih ada.
untuk kami cium dahinya.
untuk kami dengar lawaknya.
tok mak...
al-fatihah.

4 comments:

pRImRosE...~mencari ketenangan dalam peperangan...~ ;p said...

ehhmmm...bersabarlah..setiap yang datang e2 akan pergi....macam mane nak ade pertemuan kalau xde perpisahan kan...

pRImRosE...~mencari ketenangan dalam peperangan...~ ;p said...

ehhmmm...bersabarlah..setiap yang datang e2 akan pergi....macam mane nak ade pertemuan kalau xde perpisahan kan...

Unknown said...

memori itu indah..
memori itu perit..
terserah hati untuk bertahan..
kerana hari mendatang...
penuh kejutan...
al-fatihah...

sorry for your lost...

nuyuljana said...

salam takziah.