August 28, 2012

Kehadapan kamu.

mungkin tiada lagi medium lain untuk aku meluah rasa yang ada. cuma di sini ruang realiti aku.

*diam*

mungkin kamu serabut fikir, maafkan aku. mungkin tempoh hari aku terlalu mendesak. untuk kesekian kali maafkan aku kerana terlalu mengikutkan perasaan. itu bukan aku.

*diam*

aku terus mendesak sedang aku tahu ruang sempit kamu ketika masa belajar kamu. sedang aku tahu beban belajar
kamu. maafkan aku untuk itu.

--

aku terus mendesak hingga kamu serabut lalu mengucap kata kata yang aku tahu tidak kamu maksudkan. maafkan aku kerana aku terlalu takut hilang kamu. jadi aku menjadi bukan aku. maafkan aku.

*diam*

keadaan antara kita sudah sedia buruknya dan aku terus desak cuba baiki keadaan tanpa sedar aku memburukan lagi keadaan. itu bodoh aku.

--

awak, mungkin sekarang banyak buruknya aku pada kamu. tapi sedikit tidak ada buruk kamu pada aku. maafkan aku untuk sekali ini.

: )

biar berapa lama masa kamu perlu.
aku akan tunggu.

*diam*

aku sentiasa ada disini menunggu kamu. untuk kau dan aku sama sama susah dan senang seperti sebelumnya.

--

aku tunggu saatnya kamu bersedia untuk kita. walau sebagai kawan sekali pun. aku tunggu. jangan pernah benci aku. maafkan aku :')

--

Ada Kamu

aku ini bukan seorang yang elok adanya. lengkap hidup segalanya.

ada kamu,
aku merasakan hidup yang cukupnya.
aku merasa lengkap seadanya.

aku ini bukanlah kuat orangnya. sedikit kurang patahlah asa cubanya.

ada kamu,
aku jadi kuat. aku sentiasa mencuba untuk yang lebih baik kerana kamu itu asa aku.

aku ini bukan mudah menerima hadir masuk orang dalam hidup aku.

ada kamu,
istimewalah kamu. cukuplah kamu dalam segala apa kekurangan. cukup bagi aku setidaknya.

aku ini tidaklah sempurna tapi aku mencuba bila ada kamu.

kerana kamu asa ku.

kamu : )

shazuan ali.
tingkat tinggi.
28.08.12

**

NOTA KAKI - aku sayang kamu sebagai apa sekali pun. cuma aku takut hilang kamu : )

No comments: