January 17, 2012

bila mana fitnah menjadi amalan , kebenaran sekadar sindiran ejekan

assalamualaikum :)

pada mula aku cuma mengomel seorang akan tindakan sesetengah pihak dengan tindakan segelintir kita. kita itu bukan cuma kamu tetapi aku juga.

fitnah.
dari serendah akal kita kita juga tahu yang mana dosanya fitnah itu adalah lebih besar dari kita membunuh.

tapi saban hari masih ada antara kita yang masih dan terus melakukan perkara sama. mungkin niat cuma menyatakan apa yang kamu rasa. dalam hati akal fikiran kamu.

tapi.

bila sekali itu kamu siarkan di laman catatan atas talian, pasti ramai mata hati yang membaca dan jika ia mengenai seseorang, jika benar fakta hakikat apa yang kamu tulis oleh itu baguslah.
dan jika salah, fitnah namanya. hati hati ?

dan.

bila mana baiknya tentang seseorang itu yang kamu catat siar, bagus kerana mengundang hati baik lain sama sama mendoakan kebaikan orang itu. tapi mungkin ada orang yang iri hati. itu atas urusan dia dan hatinya. tapi ingat juga, iri hati itu bukan jugalah sesuatu yang mulia :)

dari penulisan baiknya seseorang, ada pula yang menulis luah tentang buruk seseorang. dan jika ia berdasar pada bukti yang sahih, bukanlah ia fitnah.
tetapi jangan pula kita bersenang hati kerana tanpa kita sedari sudah pula kita mendedahkan aib seseorang itu. kita perlu ingat pelakauan mendedahkan aib orang juga bukanlah sesuatu yang disukai allah s.w.t

ingat tak? "barang sesiapa yang menjaga aib seorang yang lain, maka di akhirat nanti akan pasti di jaga aib kita. begitu juga sebaliknya"

*senyum*

berita rumah wardina safiyyah di masuk pencuri bukan sesuatu yang asing untuk rakyat malaysia bila mana berita mula tersebar di twitter seawal subuh tempohari. termasuk aku sendiri membalas dengan takziah kepada keluarga. bukanlah sesuatu yang mudah untuk melalui saat rumah dimasuki orang asing yang lengkap bersenjata.

bila mana memikirkan antara keselamatan diri dan aurat sebagai wanita perlu dijaga, keselematan suami tempat bergantung yang terancam nyawa, nyawa saudara dan 3 anak yang dikandung 9 bulan entah di mana pada ketika itu. ya allah, bukan calang orang yang bisa tenang pada ketika saat seperti itu.

dalam ramai antara kita kita masih mengucap takziah mendoakan yang terbaik untuk beliau sekeluarga, ada pula antara kita yang bercakap "Wardina dirompak? Itu hanyalah lakonan je !!!". masyaallah, sampai begitu sekali tahap pemikiran kita?

mengapa perlu dipertikai akan tindakan beliau dengan tulis luah beliau di laman peribadi beliau dan apa juga yang ditulis luah aku percaya dengan niat baik mengingatkan sesama kita akan bahaya mendatang. kenapa perlu di politikan isu rumah beliau di rompak? kenapa terlalu dangkal pemikiran sehingga isu lama yang basi busuk di timbulkan?

trauma itu bukanlah sesuatu yang enak untuk di alami. it would last for a lifetime. a lifetime! apa yang di alam beliau dan anak anak bukanlah sesuatu yang bisa diejek perli abaikan kerana trauma itu bisa merosak keyakinan diri seseorang walhal keyakinan diri sendiri adalah kunci kepada pencapaian diri mendatang tidak kira dalam hal agama juga duniawi. jangan di ejek perli.

kerana sebagai muslim, dalam ucap syahadah itu tuhan satu. dia berkuasa, dia adil.
mungkin hari ini kamu fitnah ejek perli, bila datang balasan tuhan baru melutut lolong mohon maaf itu diberi.

--hmmm...manusia.

jauh sekali aku mendabik dada melanguk tinggi sambil berkata aku baik dan buruk itu kamu.ini cuma nasihat tipikal sesama kita yang mungkin ada terkadang lupa hakikat hidup itu ibaratnya bumi. berputar.bila tibanya subuh,cerah, bila tibanya maghrib, gelap.

Wallahu a'lam :)