April 10, 2011

atau mungkin?

bercakap tentang perasaan.
pernah kamu ada rasa yang suka tersangat pada seseorang?
dan bila setiap kalinya kamu berdua dengan dia kamu rasa senang?
dan setiap kali itu juga kamu terdiam dan hilang akal akan apa yang perlu kamu cakap?
dan setiap kalinya sampai tiba waktu menghantar kepulangan dia,
kamu berkata masa terlalu cepat merangkak?

*diam*

ok. semua itu aku yang bercakap tentang aku.
rasa yang aku rasa pada seseorang yang bukan milik aku atau mungkin sesiapa.
belum juga milik aku dan mungkin tidak sampai bila bila?

*senyum kelat*

tapi mungkin dia kenal tahu aku bahawanya suka.
mungkin.
tapi bukan aku untuk terang cerita kepada dia bahawa aku suka.
kerana mungkin aku sendiri takut?
mungkin bukan sekarang.

bukan.

bukan takut.
tapi cerita lama membuat aku berjaga jaga.
sakitnya cinta disampah dan kecewanya rasa di buang terbiar.

*diam*

tiap kalinya aku bersama dia, berdua cuma kami.
aku jadi terdiam. hilang akal barang kali?
bukan. cuma aku suka cara dia bercerita. dia seorang yang banyak suka meluah.
aku pula jenis seorang suka mendengar. dengar dan cuma mendengar.
dan mungkin tiba bila ada cerita yang mungkin sama, aku bersuara.

*senyum*

bila ada dia, aku jadi seorang yang paranoid.
rasa yang mungkin aku tidak layak bersama dia.
rasa yang jahat membuat aku rasa tidak bersyukur.
rasa diri terlalu buruk untuk dia.
rasa berjaga jaga kerana takut tersalah kata,
mungkin buat dia terasa, lalu terus dia akan diam hilang ?

dengan dia membuat aku rasa ingin jadi yang terbaik.
satu perasaan yang pernah ada satu ketika dulu.
bila perasaan ini punya rasa di hargai, sebelum rasa itu di curangkan?

aku ingin berkata aku suka, tapi ada mungkin dia berkata terima?
mungkin layak kah aku atau aku hanya seorang aku,
yang hidungnya tak mancong lalu masih menyorong pipi?
atau mungkin aku sebenarnya takut kehilangan dia?

No comments: