May 20, 2009

indah

indah.
itu tajuk entri aku kali ini.
kenapa indah? tempoh hari sempat aku berbual di telefon sama kekasih aku. ceh!
cerita itu ini dan aku mendapat akal untuk bertanya satu soalan terus aku bertanya.

aku.
"kalau saya tinggalkan awak. apa awak nak buat?"

dia.
"entah. tak tau."

aku,dengan niat bergurau.
"macam ni. awak cari bangunan tinggi dan tengok bawah mana landskap yang cantik. awak terjun"

dia.
"baik. nanti saya buat"

aku.
"jangan jadi bodohlah. saya cuma bergurau"

dia.
"saya kosong tanpa awak. baik saya mati."

aku.
"sayang. jangan jadi bodoh. kalau saya malaikat saya faham tindakan awak. tapi saya tiada apa-apa. kalau saya tinggalkan awak, awak terjun bangunan. umur awak baru awal 20. tuhan. rugi sungguh awak!"

*kami diam cuba menukar tajuk*

sekarang aku membebel. rakan-rakan. nah ingat kata-kata ini.

"walau mcam mana celaka kehidupan itu, ia tetap kehidupan!" - Zahirin Adzim.

jangan kerana perkara remeh buat kamu tak tentu haluan. hidup ini terlalu indah.
kita manusia. setiap detik jantung kita belajar. kita yang muda ini.
kasihan bila aku melihat gadis-gadis. laki-laki. anak-anak kecil.
tamatkan hidup hanya kerana satu kesilapan atau perkara bodoh.

Kau kena tinggal kekasih, kau bunuh diri?
Kau bodoh budak! kau menyerah! kau tak kuat! Kau ada banyak pilihan tapi yang bodoh itu kau pilih?
Kau rugi. Kalau aku. Aku nak teruskan kehidupan. Bila tuhan tanya aku. Aku pilih untuk hidup di dunia. Nah. Lahir aku. Ini jalan pilihan aku. Tuhan. Cantik hidup ini. Banyak dungaan yang Dia bagi. Kalau hidup ini kau sentiasa dia atas. masa bila kau nak rasa nikmatnya rasa sedih itu?
Bila kau leka. Kau gagal dalam peperiksaan. Itu adalah "wake-up call"!. Ayuh! berubah.
Kalau kau tak berubah. Sampai di cabut nyawa kau tidak merasa nikmatnya rasa senang itu.
Tuhan itu bijak bukan?

Aku pernah jadi bodoh. Hey, aku ni Wan. Umur baru 23. Macam-macam aku dah rasa. Bukan bangga. Cuma berkongsi cerita. Aku selalu tanam rasa sedih dalam diri. Aku suka rasa sedih itu. Sebab rasa itu buat aku kuat!.
Dulu aku bodoh. Sebab aku juga pernah cuba mati.
Aku rasa mak bapak tak sayang aku. Aku rasa aku anak itik hitam.
Tapi aku bangun. Aku fikir. Aku ini banyak menyusahkan. Kita juga selalu celakakan orang yang menyusahkan kita bukan?. Di situ aku bangun. Aku ingin jadi orang baru.
Aku pernah di atas. Aku jatuh. Sakit. Tapi aku bangun.

Kuatlah.
Hey, kalau lelaki sial itu tinggalkan kau. Buat apa mati. Ayuh! Cari yang lain. tunjuk pada dia yang kau itu ada yang lebih bagus. Kau kuat. Tuhan itu pandai. Kau Dia cipta dengan akal. Fikir.

*iklan*

untuk kekasih aku.
Sayang. saya tidak akan tinggalkan awak. awak cantik. awak indah. seindah hidup ini. sebab itu saya panggil awak hidup saya. tanpa awak. pelangi itu cuma warna pucat. tanpa awak ibarat matahari di tutup awan. medung tidak semangat. awak cantik. dalam. luar. terima kasih untuk semua.

*sekian*

4 comments:

From BB said...

Love U So Much..

xull said...

Dari 1 scene drama jepun:

"Kita xder hak utk meminta jasad kita diberikan nyawa. Kita juga takde hak utk menentukan waktu nak membuangnya. Kita bukan tuhan. Itu bukan tugas kita."

p/s: kalo korg rasa la mcm nak bunuh diri kan, cuba igt sikit.. kesakitan ibu melahirkan korg. Kesakitan bersalin adalah kesakitan yg paling berat, selepas ajal. Kalau la mak korg taw yg korg akan membunuh diri 1 hari nnt, mst belia xmo lahirkan korg kan? Waste. Tebanyak lak aku ckp. Chao

ayunimadarina said...

jgn ditanya soalan2 menggugah jiwa lagi.

bahaya.

:)

madumerahjambu said...

aku juga pernah ingin merasa mati itu..
tapi aku pilih untuk tidak merasa nya..
kerana belum waktunya..
tidak mahu jadi bodoh hanya kerana cinta manusia..