June 19, 2012

yakinkan aku sedikit lagi.

aku bukan di sini untuk persingahan sekejap.
jadi jangan sekali fikirkan untuk jadikan itu.

kamu.
aku bukan sahaja mahu menjadi pencinta kamu.
yang menyayangi kamu sepenuh ikhlas hati.

tetapi.
juga aku mahu menjadi sahabat kamu.
yang ada di tinggi kamu sejuganya serendah kamu.

kamu.
yakinkan aku sedikit lagi.
kerana separuh aku kini milik kamu.

tetapi.
masih ada yang membuat aku mati.
bila melihat kamu bersama mereka yang sebelumnya.

kamu.
jangan ada di samping aku kerana simpati kasihan.
kerana nanti aku yang ditinggal mati. rasa di mana hati ke jalanan.

jadi.
jujur dalam tutur perkataan kamu.
ikhlas dalam rasa kamu kepada aku.

...

NOTA KAKI - aku dengan dia masih lagi berkawan. tetapi jujur aku sudah mula ada perasaan sesuatukepada dia. dan jujur aku takut akan perasaan itu kerana mungkin perasaan sakit lama itu masih sebati di dalam aku :' )

May 30, 2012

dia itu datang ketika sakit lama masih berbaki.

Dia itu datang ketika sakit lama masih berbaki.
Pada mulanya agak payah susah untuk aku terima jabat sahabatnya.

Perasaan takut mungkin rasa dia itu cuma sekadar persinggahan sekejap.
Dan nanti bila jemu aku pula ditinggal mati.

Dan kembali aku ke cerita lama aku si pengutip hati sendiri.
Yang disampah lempar berselerakan separuh mati aku ditinggalkan.

Tapi dia itu hebat bila dia bisa membuat aku senyum kembali.
Antara aku dan dia belum ada yang pasti tapi cuma satu.

Aku akan sayang dia sampai mati.
Walau apa juga kesudahannya nanti : )

Untuk kamu si pencuri hati.
Dari aku si hati mati.

Kuala Lumpur
30 Mei 2012
3:55PM

NOTA KAKI: Antara aku dan dia itu cuma berkawan. Bukanlah cara aku untuk memaksa suka kerana perasaan terhegeh tanpa malu itu bukan aku. terima kasih kepada kamu jika ikhlas kamu ada dengan aku saat ketika ini :)

May 28, 2012

perasaan yang mungkin semua pernah rasa.

pernah ada pengalaman bila perasaan kamu disampahkan ?
tambahan pula perasaan itu kamu tatang selama mungkin ?

bila sudah kamu pupuk selama mungkin,
bagaimana pula bila ia disampahkan ?

rasa kosong ?
rasa jatuh ?

setiap kamu mungkin ada rasa yang berbeza bukan.

aku juga pernah rasa.
rasa yang aku pupuk selama bertahun pergi.
tanpa aku tahu di mana silap aku.

dan bila dia pergi.

aku.
rasa kosong. rasa hilang.

ada seperti ruang kosong dalam hati yang di hujungnya sakit.
sangat sakit.

aku jatuh.
dan untuk aku bangun semula bukanlah semudah membicarakan;

"yang lepas biarkan lepas. kalau, sure aku move on je"

untuk melalui hari bila mana yang dulunya kamu seperti belangkas ke sana kemari berdua.
bagaimana untuk aku keluar yang tiba-tibanya aku seorang?

setiap kalinya sebelum aku pejamkan mata dia ada.
bagaimana untuk aku pejamkan mata bila mana tiba-tibanya dia tiada?

setiap kalinya selepas aku celikkan mata dia ada.
bagaimana untuk aku celik bila mana tiba-tibanya dia tiada?

aku senyum setiap kali adanya dia.
bagaimana untuk aku senyum bila mana tiba-tibanya dia tiada?

aku ringan dengan masalah bila adanya dia untuk mendengar.
bagaimana untuk aku bercerita luah bila mana tiba-tibanya dia tiada?

lama aku cuba untuk memujuk diri untuk bangun.
ya. aku bangun kerana untuk apa aku berbaring malas hanya kerana dia tiada?
dia sampahkan perasaan aku.

bila aku sudah balik ke paras normaliti aku,
ada yang masih kekal hilang dari aku.

dan bila aku bangun dari tidur yang lena. bila bangun aku cuma ada aku. lainnya kosong.
dan bila aku senyum ada sedikit sesuatu yang kurang. aku dapat rasakam.

kerana sakit yang lama itu masih ada.

aku berjanji pada diri aku, bukan semudahnya aku akan berikan perasaan aku kepada seseorang yang asing. bukan mudah. kerana untuk membiarkan sakit yang sudah aku tanam dalam ruang yang dalam kembali, untuk aku mencuba bangkit dari perasaan yang disampahkan bukan sesuatu yang senang.

sakit bila mana perasaan kamu disampah memedihkan. bila kamu mencuba untuk memulihkan sakit bila perasaan kamu disampahkan adalah lebih menyakitkan.

kerana apa?

kerana kamu akan melaluinya seorang diri.
dan orang mungkin boleh cuba memahami apa yang kamu rasa tetapi mereka tidak merasa apa yang kamu rasa sebenarnya.

biar aku seorang.

walaupun adakala aku rasa aku perlukan seseorang.
biar. aku bukan terlalu terdesak.

biar aku seorang. biar senyum aku mati. biar.

:' )

nota kaki: kepada kamu yang tidak pernah merasai apa yang kami tidak akan faham. mudah untuk bercakap tetapi kamu yang merasakan ini; sakit.

May 01, 2012

Witnessing the death of democracy

*as published in The Malaysian Insider* <-- Click to view : )

By Shazuan Ali
April 30, 2012
KUALA LUMPUR, April 30 — Unlike Bersih 2.0, I would call myself a coward back then. I am very supportive and committed towards free and fair election but watched live streams at home, like a coward in front of my laptop.
Only after I read the #bersihstories, did I tell myself I should’ve been there! I should be there with my fellow Malaysian friends. It is not fair for them to fight for better my future while I sit at home in comfort.
So I made a promise to myself, if Bersih 3.0 is necessary, I will be there!
Bersih 3.0 spread fast. I started to cancel my plans for vacation and find anyone who is going to join the sit-in protest.
I was lucky as one of my colleagues is going. On the eve of the fateful day, I browse for updates of the protest and found out thousands of people already in the city. I was pumped up by the news.
The next morning, I woke up as early as 5am. I didn’t want to be stuck in any situation that could stop me from being at Bersih 3.0. After performing my morning prayer, I get ready. At around 8am, I drove to Kelana Jaya as we planned to enter the city via public transport.
After breakfast, we board the train and disembark at Pasar Seni. There are plenty of people in yellow.
“This gonna be big. Let the world know we’re hungry for free and fair elections, and we’re done with all these corruption!” I told myself
While on the train, I text my family members,
“Please pray for my safety as I’m in KL offering my support for #Bersih”, I texted.
“Jaga diri, jalan dalam kelompok”, my dad replied.
“That’s the spirit! We’re praying for all of you. Keep us posted”, one of my relatives replied.
As we got there, I saw people are taking pictures of someone. I went closer and found out it was Pak Samad. Pak Samad is my idol in writing. I shook his hand and took a photo with him and then I say, “Terima kasih, Pak Samad, terima kasih!”.
I didn’t thank him for the photo but for being here, fighting for a better Malaysia.
We joined the crowd in Central Market. It was only 10am but there were already so many people and the city looks like a big festival. Everyone was in good spirits and chants of “Bersih” could be heard everywhere.
While we were standing there, an old lady approached us.
“Are you guys here to support as well?” she asked.
“Of course, aunty! If not, why would we be standing here?” I replied.
“Then good! You should! The rich are getting richer while the poor are getting poorer! These people on top are very jahat one. We need to change this! Good luck to you guys! Take care!”
She left us to join her group.
After afternoon prayers, around 1.45pm, we started for Dataran Merdeka.
The crowd was totally peaceful and calm. I look up to the sky and smiled. I am actually here with my fellow Malaysians. This is the real 1 Malaysia.
Around 2.35pm, we stop as we had reached the limit. Dataran Merdeka was barricaded.
The crowd was very big. From Brickfields, Central Market and Petaling Street alone, I estimated around 80,000 to 100,000 people.
My friend and I slip through the corridor of HSBC to reach Masjid Jamek. There are sea of people there.
While we were standing there, one guy rushed beside me and threw up. I understood his condition so I offered him a pack of tissue paper I had.
“Thank you very much!” he said and I just react with a smile.
Around 2.50pm, the people chanted, “Duduk! Duduk! Duduk!”
There was no sign of the authorities giving us permission to enter Dataran Merdeka.
Around 3pm, my friends and I decided to walk away from the crowd as it was too hot there.
After few steps, we heard the crowd shouting. They fired tear gas canisters into the crowd. People are running and we run, too.
We board the train and left. At home, I watched all the videos from the day. I cried.
How could they do this to us? We came in solidarity. We came in peace with flowers, balloons and sung Negaraku. We just wanted to sit in protest. We want a better future. Why?
I saw a montage at PWTC saying, “A leader who listens to the people”. In reality, they don’t actually listen. Instead, they fired tear gas canisters to shut us up.
In the future, when my children ask, I would say, “Son, I was there fighting for your future and on that fateful day I witness the death of democracy in our country.”


April 27, 2012

kejam.

dijerit marah,
terus juga dikutuk hina.
didiam sunyi,
masih terus dicela.
sial!
dunia sekarang kejam.

*diam*

bukan dunia,
tapi manusia.

-.-"

guru yang dihormat sanjung.

assalamualaikum.

berbalik kepada cerita lepas, bukan aku menidakan kewibawaan seorang dia sebagai guru.
seorang guru harus di angkat tinggi oleh pelajar bukan?

*diam*

apa yang terjadi pada aku di mana bila aku mendapat reaksi yang sungguh negatif semasa aku seakan mengemis ilmu dari mereka. yes. mengemis. itu perkataan yang betul.kita bila belajar mesti seperti mengemis ilmu dari cikgu kamu. kamu seorang miskin meminta sedikit bekal ilmu untuk membina masa depan yang lebih cerah. begitu seharusnya.

dan seorang kamu yang dipanggil cikgu, jangan pula bongkak membayang keberadaan di langit memandang rendah seorang aku atau dia yang datang mengemis ilmu?

ingat;

kamu juga mulanya mengemis dan bila kejadiannya kamu begitu sekarang, bukakah kamu mengiyakan pengibaratan sepertinya manusia yang melupakan daratan bila di junjung tinggi melangit?

*diam*

dan ingat, kamu bukan seorang guru yang maha hebat lagi disanjung hormat jika kamu punya sikap memilih cuma pelajar pandai untuk kamu angkat ke langit. seorang guru yang dihormati ialah seorang guru yang bisa membuat seorang aku atau dia, yang tadinya cuma tahu meniarap, dengan bekal suapan ilmu dari guru, bisa bangun merangkak, bertatih lalu berjalan dan mampu terbang sekali pun. guru begitu guru disanjung. dihormat. ingat itu.

*senyum sinis*'

juga ingat, kamu juga punya anak, dipilih pengemis yang ingin disuap, belakang hari anak kamu mati kelaparan. itu bukan doa aku. cuma biar tuhan buat penentu. dan kamu? bertaubatlah.

...

malang aku ditentu mengemis dengan guru seperti kamu.

*maaf*

itu bukan malang. tuhan sayang aku maka diberi aku dugaan mengemis dari guru seperti kamu. tapi sayang, realitinya kamu bukan guru yang layak aku sanjung hormat kerana dalam perjalanan aku ramai yang lain lebih layak dan sayang, kemuncak rangkak aku temukan dengan seorang cikgu yang maha membantu aku untuk terus terbang sehinggga sekarang, cikgu google.

"saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru saya dan teristimewa untuk encik google"

#eh ?

till next time, goodbye girls !  ( •˘Ð·˘•)

April 17, 2012

jatuh bangun aku : antara realiti dan karma

Assalamualaikum Cinta, Waalaikumsalam Rindu *matila sendiri ucap sendiri jawab !*

Agak lama aku biar ruang aku menjadi aku terbiar.
satu kawasan yang realitinya itu pasti.
bagi aku sekurangnya :)

--

sebelum apa yang akan aku cakap seribu ampun pada mana mana perasaan yang mungkin akan terguris atau terasa. hidup kadang di atas esok di bawah itu biasa.

itu realiti. walau sebusuk tahi. masih perlu di telan.

kan? :)

entri kali ini mengenai cerita lama yang mungkin belum pernah aku luah rasa di sini. kisah di mana mungkin ibaratnya aku dicaci maki. kemampuan aku di ukur ada luaran bukan secara batinnya. pada masa ketika itu aku biar.

cuma aku berdoa pada tuhan, kalau bukan kerana orang tua itu biar aku gagal. niat aku cuma mahu melihat aku berjaya hasil wang kerja keras bergolok gadai mereka. ikhlas aku belajar cuma untuk membalas keringat mereka.

--ini kisah jatuh bangun aku pada masa aku pelajar.

pada awal pemilihan tajuk penyelidikan.

aku -- "puan, saya buntu sebab tak ada tajuk, harap puan boleh tolong"
prof madya dr a -- "in that case, i have a few choice for you. few research from lecturers that might need your help?"
aku -- "saya pilih Snake Bite Diagnosing"
prof madya dr a -- "sure i'll assign you to the lecturer and she will be your supervisor"

--

puan s -- "so awak la shazuan nama yang selalu disebut?" (aku bukan jenis student yang suka kelas dan mengampu bodek lecturer)
aku -- "ya, saya!"
puan s -- "actually i selalu ambil student 3 pointer untuk i supervise but nak buat macam mana? doc yang assign awak pada saya kan? tak akan saya nak cakap tidak?"
aku -- *shit! tahan muka tebal! satu hari nanti dia akan telan apa dia cakap* monolog aku.

bermulalah episode aku dengan puan s.

nyata dia benci aku.
aku bukan studen kipas ampu di manawalaupun tiada sebarang update pada kertas proposal, masih aku akan pejabat puan s, seperti dua orang lagi student yang juga menggunakan tajuk yang sama dan aku kira mereka anak emas. kenapa? kerana mereka pilihan puan s.

pelajar cermerlang :)

hingga ke saat akhir untuk pembentangan baru aku kemuka proposal aku kepada puan s. dan aku kira memang aku gila kerana menggunakan teknik resilient propagation. belum pernah ada yang tahu tentang teknik itu.

puan s. -- "saya sign je ni, saya tak tengok pun kerja awak ni?"
aku -- "baik!"

-- waktu pembentangan proposal

prof madya dr a -- "technique apa yang awak akan guna shazuan?"
aku -- "resilient propagation. snake bite diagnosing system using resilient propagation."
prof madya dr a -- "are you sure ? susah tau teknik ni?"
aku -- "yup and i will try my best dr"
prof madya dr a -- "based on what criteria will you determine the biting snakes?"
aku -- "the symptoms..bla bla bla.."
prof madya dr a -- "this is very good. i expect and A from you"

-- ketika semester penyelidikan.

-- report

setiap minggu aku update kerja aku. tapi setiap kali itu juga aku mendapat jawapan yang sama dari puan s. "saya tak ada masa lagi la nak check chapter 1 awak, chapter 2 awak"

begitulah berikutnya hingga aku sendiri berkata "macam ni lah puan, saya siapkan dulu nanti saya tujuk puan?"

ok.

-- system

aku -- "puan saya ada problem bla bla bla..."
puan s -- "entahlah, saya pun tak berapa faham sangat"

supervisor aku sendiri sikit pun tidak membantu.

aku bertanya kawan dan kawan memberi idea, "kau try tanya puan azlin, dia pernah ajar sorang budak ni, aku ada kat bilik dia masa tu"

aku email.
"Assalamualaikum puan, maaf ganngu tapi saya nak mintak tolong puan ajarkan saya resilient"

balas dari puan azlin (rakan baik puan s.)
"salam, maaflah, saya tak dapat tolong, saya pun tak tau rprop tu"
dalam masa yang sama di office,

"TAK HABIS HABIS DENGAN RESILIENT DIA! ORANG DAH CAKAP SUSAH TAK NAK DENGAR!"

menurut kawan aku yang ada di office puan azlin pada ketika aku menghantar email.

-- 2 minggu sebelum final draft submission date aku masih pun belum dapat selesaikan algorithm programming untuk final research aku.

aku pergi kelas 8.30 - 11.00 pagi.
11.30 - keesokan harinya aku duduk mencuba.
gagal.

puan s sempat juga mencadangkan aku untuk tukar technique pada pendapat aku cuma usaha mengagalkan aku!

progress update untuk setiap minggu sepertinya metal torture untuk aku.
setiap malam sebelumnya juga aku bermurah air mata mengadu nasib pada sang tua yang berada di rumah.

pernah sehingga aku mahu give-up.
aku menangis sambil buat programming.
tetapi masih gagal.

-- seminggu sebelum final draft submission.

aku masih mencuba, dan sehingga aku terjumpa lecture notes dari universiti di german.
alhamdulillah aku berjaya.

aku terus call orang tua itu di rumah.
aku menangis.
doa mereka dinyatakan.

-- pada hari progress update terakhir

puan s -- "eh, shazuan saya dengar system awak dah jalan?"
aku -- "alhamdulillah, boleh lah puan"
puan s -- *dengan nada sinis* "hmmm..lepas ni boleh la awak bukak kelas untuk lecturer kat sini untuk ajar resilient ni"

*aku kena sindir, sial!*

-- sehari sebelum final draft submission.

aku pergi menunjukan final report untuk di olah ringkas.

bangga aku meletakan "Snake Bite Diagnosing System: A Comparative Study between Resilient Propagation and Standard Backpropagation Neural Network"

cuma di buka antara minat dan tidak oleh puan s lalu berkata, apa perbezaan antara research awak dengan research farah diana dan rozaimie?

*sial! aku dituduh plagiarism*

aku -- "obviously lain, saya guna technique standard back-propagation dengan resilient prop, diorang guna back propagation yang dah di enhance dengan bias and all"

puan s cuma angguk dan keesokan harinya aku submit report aku.

--pada hari pembentangan (Viva)

puan s berjalan ke merata kecuali booth aku. alhamdulillah, lecturer yang langsung tidak tahu menahu tetang teknik yang aku guna tapi boleh duduk dan buka buku untuk tolong aku datang menyapa dan bagi kata semangat.

aku biar lara puan s kerana aku teruskan ini bukan untuk di puji lambung, cuma untuk parents aku.

examiner -- "bagus, saya faham ape yang awak nak sampai kan. i got clear picture of your system congrats!"

SIG evaluator -- "kenapa tak tujuk yang rprop ni dapat learn laju by showing the cpu usage?"
aku -- "saya tak cukup masa. ini pun last minute saya dapat belajar dari lecture notes dari uni german dr."
SIG evaluator -- "don't worry, this is good. this is very good"

sampai hujung masa, baru puan s datang menjenguk, "so macam mana? ok?"
dia mohon tunjuk perjalanan system dan lalu berkata "saya still tak nampak perbezaan system awak dengan system farah and rozaimie"

AGAIIINNNN????

aku -- *senyum sinis* "memang lain pun, dari technique, database sampai la programming!"
*aku tunjuk coding aku*

puan s -- "macam mana awak tahu programming diorang? awak pernah tengok?"

aku -- "memang la saya pernah tengok, puan yang bagi cd research diorang suruh amik report diorang, masa tu nak cepat saya copy folder terus je la, bukak tengok ada semua tapi tak akan la saya nak tiru kerja orang. saya pun tak faham kenapa diorang kecoh sangat!"

puan s -- "macam ni lah, saya tanya je sebab diorang memang message saya marah kenapa bagi research diorang pada awak. saya tak nak pasal ni awak bergaduh dengan diorang. now awak email keja awak pada diorang and tunjuk diorang kerja awak memang lain and awak tak tiru diorang"

aku -- "i will. by tonight i will email everything to them. erm..puan rasa ok ke system saya? i put my 300% effort on this"

puan s -- "saya tengok dulu la. whats your expectation?"

aku -- "A+"

puan s -- "tinggi sangat..selain tu?"

*ok aku dah tau macam mana dia grade student dia. patut la lahanat dua orang report tak lengkap siap ada table kosong pun boleh dapat A??"

aku -- "A"

puan s -- "tinggi sangat lagi tu..ok paling rendah?"

aku -- "A-"

puan s -- "saya akan tengok dulu.

--hari keputusan.

seorang kawan aku call

dia -- "ko nak tau tak result fyp kau?"

aku -- *berdebar* "mesti la, ape?"

dia -- "A, puan s tak nak bagi ko A tapi nasib baik prof madya dr. a stand-up untuk research kau"

aku -- "Alhamdulillah"

aku menangis syukur.

-- suatu hari ketika lunch dengan office mate aku terjumpa dengan examiner research aku dr. ifa.

dr. ifa -- "eh! wan ! sorry say tak sempat balas message fb awak, anyway congratulations! A+"

aku -- "tak la puan, A je, alhamdulillah thanks puan"

dr.ifa -- "oh, ermm ade la diorang tu..." *cukup untuk mengiyakan kisah kawan aku tadi :)

-- A year after.

aku google any research yang mungkin sama dengan research aku sebab ada students yang minta research aku untuk buat reference as recommended by dr.ifa

this is what i found !


The paper was presented at the International Symposium on IT in Medicine and Education 2011 which was held in Guangzhou University, China from 9-11 Dec 2011.

kurang kurang dia buka mata pada research aku kan?

dan nama aku included dalam author of the research paper.
itu penting kerana itu hasil kerja aku.

cuma persoalan pertama aku, kenapa nama Ahmad A. (Azlin Ahmad) included?
dia maki tempik aku depan hadir student lain merendah kemampuan aku pada masa di mana seorang pendidik sepatutnya menjalankan peranan dia ?

biar. itu hak puan shamimi.

dan persoalan kedua aku,
mereka tuduh aku plagiarism research farah diana yusof dan rozaimie ghazali secara tidak rasmi.
kenapa tidak research mereka yang dia bawa tetapi research aku?

aku masih ingat kata kesat rozaimie dan farah, jika benar aku ambil cedok research mereka tidak senaglah hidup aku.

nah ! ini jawapannya.

niat aku cuma pada tuhan. harapan aku cuma untuk orang tua aku.

alhamdulillah.

:)

*bersambung nanti ye gegeds sekalian*

March 20, 2012

dia ada. sentiasa ada.

jangan memaki caci nasib buruk yg menimpa.
tuhan sayang kita. ada terkadang kita lupa dia.
jadi datang musibah supaya kite ingat. dia ada.
sentiasa ada. untuk saya. untuk kamu.untuk mereka.
ada. sentiasa ada. cuma terkadang kita lupa. kan ?

March 03, 2012

pengukir pakar.

mantan.
kau pengukir pakar.
kau mengukir luka pada rasa yang pada kau aku berikan.
terima kasih.
kerana luka itu masih kekal.
masih.
kerana kau.
ya.